dek oo dekkk


tarikh : beberapa hari yang lalu
masa : sejurus selepas azan maghrib
tempat : bilik


'dek, dek imam maghrib ni...' terpacul ayat itu keluar dari bibir rumetku...
aku? sekadar membuat wajah minta simpati...
'kak la imam.....' pintaku dengan mata bersinar2....
' smalam kak da imam...adik lak arini...' jelas dirinya...ternyata usulku supaya dirinya menjadi imam direject...
'.......'

lalu, kami bersama menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'....
sepanjang masa mengambil wudhu' tu....hatiku dah mula berdebar.....

.....................................................................................................................................................................

sesampainya di bilik, kulihat dirinya telah bersiap...
kucuba melengahkan masa...sungguh tidak senonoh.....
lalu, dirinya qamat....
lembut...dan menusuk ke hatiku.....
dirinya menunggu diriku...
'dek2....makmum kna tunggu imam kan...'
'dek2....makmum tlg hamparkan sejadah imam kan...'
'alamak......berentila berdebar wahai hati........' bisikku sambil tersengih.....

......................................................................................................................................................................

menceriakan suasana...kami berbual....mengenai imam...
katanya...
'gane dek kalu adek da kawen, da ade anak....nanti anak pon kate..."mama2...mama imam arini..'
ku menjawab....
'kalu gitu....sy jawab...jom gi umah atuk...atuk imam....takpon, kite gi subang, umah aunt dayah...die imam..' huu...jawapan bese diriku...gi umah atuk....
(sikit2 abah....anak abah la katekan)


huu...lalu kami mengambil tempat......
aku? imam la...
dirinya? makmum....

..................................................................................................................................................................

tatkala mengangkat takbiratul ihram, debaran di dadaku masih belum surut...makin kencang....
lalu ku meneruskan tugasku sebagai imam.....memang berdebar...suara ketar...nafas tersangkut...alahai.....

.....................................................................................................................................................................

selesai solat....
'kak, doa......' pintaku padanya...sedar dengan kelemahan diri ini menghafal doa dalam bahasa arab...
sebenarnya, aku suka mendengar dirinya berdoa...lembut....masuk ke dalam hatiku....
ada bait2 doanya yang membuatkan aku tenang...insaf....
"Ya Allah, matikan aku dengan lafaz Lailahaillallah.." agaknya itulah tafsiran doanya yang paling aku suka......maklumlah tafsiran sendiri yang sangat2 sedikit ilmu dalam bahasa arab....
ayat tu diulang sebanyak 3 kali...

.......................................................................................................................................................................

usai berdoa...kami bersalaman...
'kak...debar x ilang lagi ni....' aku berbicara..
dia menepuk bahuku... 'ok la tu dik......'

.........................................................................................................................................................................

fuh...pengalaman betul la jadi imam maghrib....walaupun 3 rakaat....bole kontrol ketar tu skit mase rakaat kedua....alahai....
terdetik lagi di hatiku...

'berhikmah sungguh rumetku......' sbb? kadangkala aku terlewat solat (7.15...maghrib 7.02)...makan punye pasal....kak tunggu...ke tandas bersama...dan bersolat bersama..
macam biasa....kak imam...huu

mula2 dulu...seingat aku la....mmg lepas azan je, kak akan kate....'jom dik, solat..' dan bergerak la kami ke tandas beriringan....besenye kalu aku abes amek wudhu' dlu...aku solat sendiri...
tapi kak, kalu die abes amek wudhu' dlu..kat bilik, die akan tunggu aku...n kalu aku lambat, die solat dlu....n aku pon kadang kala jadi makmum masbuk....

penah gak....aku solat sendiri...n kak jadi makmum masbuk....solat asar....tu 1st time aku jd imam dgn kak....debar jugak....doa? aku tetap mintak kak yang doa...
dah lama2.....aku paham sendiri....aku abes amek wudhu...aku tunggu kak...solat same2.....

.....................................................................................................................................................................

kak....aku suke dgr die ngaji....die doa....lembut...

.......................................................................................................................................................................

hu......rindu lak nk berjemaah dgn kak

terkenang seketika...

kutekenang dirinya....
di saat ramai sahabat di sekelilingku bercerita tentang kapel2 mereka....

kuterkenang dirinya....
di saat ku membuka walletku...kuterlihat gambarnya....kuterlihat lesen L nya dahulu...

kuterkenang dirinya...
di saat isyarat ymku keluar..
"ezi suki is now online..."

kuterkenang dirinya....
saat aku tak bisa melelapkan matadi malam hari...

kuterkenang dirinya...
tatkala aku sibuk melayan hati dan fikiranku....

kuterkenang dirinya...
tika saat 26 hb tiap2 bulan menjelma....
almaklumlah...tarikh kapel...


...................................................................................................................................................................

tapi aku sedar akhirnya...
siapa aku untuk mengenang kembali dirinya
dia bukan suamiku...
hanya sekadar kapel satu ketika dahulu...
betapa aku mendamba kasih sayang pada seseorang yang tidak halal bagiku...

aku...
cuba mendelate kenangan bersamanya....
walaupun aku tau kadangkala kenangan tu terefresh semula dalam diriku...

aku...
bersykurlah kerana masih ada ramai orang yang masih sayangkan dirimu...
kerana mereka yang menarikmu keluar dari perkara-perkara yang menjurus ke arah zina...
zina mata...zina hati....

aku...
andai dia jodohmu....
insyaAllah...
sekiranya bukan...
jadilah solehah..bukan mencari soleh......


~.......~

nantikanku di batas waktu

di kedalaman hatiku
tersembunyi harapan yang suci
tak perlu engkau menyangsikan

lewat kesalihanmu
yang terukir menghiasi dirimu
tak perlu dengan kata-kata

sungguh walau ku kelu
untuk mengungkapkan perasaanku
namun penantianmu pada diriku
jangan salahkan

kalau memang kau pilihkan aku
tunggu sampai aku datang nanti
kubawa kau pergi
ke syurga abadi

namun belumlah saatnya
aku membalas cintamu
nantikanku di batas waktu..



edcoustic

.......................................................................................

credits to

siti noorhidayani mohd salamun...
tq sbb promot lagu nih

penangan camping...

terkedang di katil selepas camping...
huhuhuh.....
len kali mao cerita....
mao rehat puas2

akukah ini?

Siapakah orang yang manis senyumannya?

  • Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata ‘inna lilLahi wainna ilaihi rajiuun’. Lalu sambil berkata ‘Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-Mu ini’ sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

  • Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

  • Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

  • Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

  • Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakh orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

  • Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

  • Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

  • Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan neraka

Abban lo’baw, (2009), Cuba Try Cinta, Hijjaz Records Publishing, Petaling Jaya

....................................................................................................................................................................


sape aku???

~muhasabahlah wahai diri~

diriku dilanda kemelut jiwa...

macam siot...

tensen...byk gile benda jd arini....

esaimen???x pyh kire la keterbiarannye....
mkn????mao naik balik berat aku sbb mkn dgn tensen....
tdo????panda pon givap tgk mate aku terlebih tdo...
stadi???jauh panggang dari api...
facebook???err.....no komen
ym????laju je menaip..nanges lecturer tgk aku taip ym lagi laju dr taip esaimen die
belog???huhuhu......

skg nih....
da tenang skit..
walaupun otak da perabot...err..serabot dgn benda2 yg jadik...
kelajuan diri utk berym menurunkan kadar ketensenan yang melanda hati dan perasaan ini...

lalu...tbe2 ilang idea nk mengepost kemarahan yang membuak2 dalam jiwa...

~tidak siot lagi~

ape yg aku rasa...

ape yg aku rase skg ni???
bermacam2 rasa skg nih yg sedang aku rasakan...
tp yg paling ketara rase nih....


LAPAR......

terkenang seketika...

kutekenang dirinya....
di saat ramai sahabat di sekelilingku bercerita tentang kapel2 mereka....

kuterkenang dirinya....
di saat ku membuka walletku...kuterlihat gambarnya....kuterlihat lesen L nya dahulu...

kuterkenang dirinya...
di saat isyarat ymku keluar..
"ezi suki is now online..."

kuterkenang dirinya....
saat aku tak bisa melelapkan matadi malam hari...

kuterkenang dirinya...
tatkala aku sibuk melayan hati dan fikiranku....

kuterkenang dirinya...
tika saat 26 hb tiap2 bulan menjelma....
almaklumlah...tarikh kapel...


...................................................................................................................................................................

tapi aku sedar akhirnya...
siapa aku untuk mengenang kembali dirinya
dia bukan suamiku...
hanya sekadar kapel satu ketika dahulu...
betapa aku mendamba kasih sayang pada seseorang yang tidak halal bagiku...

aku...
cuba mendelate kenangan bersamanya....
walaupun aku tau kadangkala kenangan tu terefresh semula dalam diriku...

aku...
bersykurlah kerana masih ada ramai orang yang masih sayangkan dirimu...
kerana mereka yang menarikmu keluar dari perkara-perkara yang menjurus ke arah zina...
zina mata...zina hati....

aku...
andai dia jodohmu....
insyaAllah...
sekiranya bukan...
jadilah solehah..bukan mencari soleh......


~.......~

ustaz pahrol tulis....

anda TELAH bersedia untuk couple jika....

  • niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata
anda TELAH bersedia untuk couple jika....
  • sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan ... dot-dot.
anda TELAH bersedia untuk couple jika....
  • sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • masih kandas ilmu fardhu ain. mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. atau anda adalah penganggur yang maih tercari-cari pekerjaan.
anda TELAH bersedia untuk couple jika....
  • sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai!!!
Pahrol Mohd Juoi, (2006), Tentang Cinta, Telaga Biru Sdn Bhd..

..................................................................................................................................................................

COUPLE????

dah sediakah aku???

rase-rasenye mcm x lagi...
mujurla aku berjaya melepaskan diri dari ikatan kapel ni....
Alhamdulillah...berkat doa sume org...
kne ready nk sedia utk couple nih....
wahai diri...mari bersedia

kenapa saya menipu...

kenapa aku menipu???
huhuhu...soalan yg aku xleh nk jawab....
sbb aku x pernah pikir jawapannye...
takut kalu aku jawab soalan ni....aku menipu lagi...

kenapa aku menipu???
aku menipu sbb nk selamatkan diri....

kenapa aku menipu??
aku menipu sbb nk mengcover sesuatu atau seseorang...

kenapa aku menipu??
aku menipu sbb orang lain menipu...(masih menyalahkan org lain)

kenapa aku menipu???
sbb keadaan dunia skrg ni menuntut aku supaya menipu...


bukan x pernah aku menipu...
agaknye hari2 aku menipu...
menipu orang lain...
dan yang paling hebat sekali...
menipu diri sendiri....

....................................................................

kalu kite ditipu...
mmg rase nk menghadiahkan berbakul2 makian kt org yang menipu kite...
tapi kalu kite menipu???
xke berbakul2 makian dpt kt kite balik...
bak kate org....
baling bola ke dinding kene muke sendiri balik....

......................................................................

susah nk elak dari menipu...
kdg2 keadaan memaksa kite utk menipu...
dan sgt2 jarang utk berjumpe dgn org yg x menipu....

......................................................................

letih menipu....
sbb bile menipu....
kite akan mengcreate pelbagai penipuan lain...
untuk mengcover penipuan pertama kite tadi...
macam aku x pernah buat....
kalu salah reka penipuan tu...
maka terkantoilah bahawasanya kite sedang menipu...

.......................................................................

mase kecik....
selalu didedahkan dgn cite penggembala kambing...
yg die gi tipu org kampung die...katenye singa dtg memakan kambing2 die...
rupenye die menipu...
tapi bile kejadian tu betul2 jadik...
org kampung langsung tak percaya ke die...


..........................................................................

hmm....timbul satu persoalan...
bagi alasan dgn menipu tu same ke???
bagi aku....
alasan tu boleh jadi alasan yg betul...
boleh jadi alasan yg menipu...
knape menipu time bagi alasan...
sbb kalu aku bagi alasan yg betul...alasan tu komfem kne reject...baik aku menipu...

..............................................................................

kdg2...kite terpaksa menipu...
utk jage ati org...
dgn itu...
kite menipu diri sendiri...
semata2 nk menjaga hati seseorang...
lalu...bile kite sendiri x tahan dgn penipuan yg kite buat...
x mustahil satu hari nanti kte memberontak...
...............................................................................

tapi....kalu tak menipu....
payah nk maju...
betul ke??
nk jujur mmg sgt2 susah...
aku sendiri pon x jujur...

..............................................................................

hmm....
pilihan di tangan aku....
~menipu atau tidak~

hmm...akhirnye dapat jugak aku idea utk mengepost entry kali ni...

kali ni aku memilih tajuk korban...pengorbanan....terkorban...
sumenye dari perspektif aku yg x bape nk matang sgt nih....

idup berkawan.....bermasyarakat....sumenye menuntut sesuatu dari diri sendiri.... pengorbanan....tapi pengorbanan dari segi ape????

sedar tak sedar, sebenarnye kite banyak berkorban.....tapi biasalah....sedar pengorbanan diri sendiri je....x penah nk amek port pengorbanan org lain...bagi diri sendiri.....'asyik aku je yg kne berkorban...die tak wat pape pon...'

tapi kalu diselami dalam-dalam.....sebenarnya, bukan kite saje yg berkorban...tapi orang-orang di sekeliling kite turut berkorban....malahan, tanpa kite sedari, kadang-kala kite terkorban dalm pengorbanan kite.....


satu contoh...dekat sgt dgn aku.....
esaimen.....pernah terdetik di hatiku....
'knape asyik2 aku je yg kene buat...'
padahal...yg aku tak nampak.....
grupmet aku yg lain pon sebenarnye berkorban...
berkorban utk menyetelkan sume keje2 yg aku curik tulang......


kemajuan perlukan pengorbanan....
tu kate cekgu bm aku mase aku darjah 6 dlu...
dan ianya terbukti....
nk henpon mahal.....korban duit....
nk result tinggi....korban waktu tido....
nk siap esaimen.....korbankan waktu bace komik....


mengorban dan terkorban.....
stuasi di mana seseorang mengorbankan sesuatu utk org lain...tapi akhirnya die jadi mengsa korban...
sbbnye.....
'aku x sampai ati la.....'
ayat di mana sesuatu pengorbanan yang dilakukan tu khirnya mengorbankan diri sendiri...


ramai orang berpesan...
buat baik berpada-pada....
baik=korban...

orang baik selalu dipijak...
orang baik selalu dibahan...
orang baik selalu jd mangsa....


kadang-kadang....tapi selalunye...
kite berkorban utk org yg kite syg....
pernah terbaca.....TENTANG CINTA....
walaupun x abes lagi bacenye...
katenye..
'kite akan menjadi hamba terhadap ape yg kite sayangi...'

pengorbanan yg kite buat..
walaupun kdg2 nmpk x berbaloi
tp mungkin pengorbanan yg dilakukan oleh org lain kat kite tu
pada org lain pon sbnrnye x berbaloi...

~korban...~

henpon...

"angah.....henpon daun ko rosak!!!!!"
terasa nk menjerit kt dlm bilik je tatkala aku meng on hp milik angah...
aku tgk skrin die putih.....seputih lampu kalimantang kt meja blaja aku....
tapi aku rileks dlu....terasa nk mengulang perangai lame...membaling henpon tatkala rasa bengang menjelma....tapi, memikirkan henpon tu henpon angah....x jadi aku membaling henponnya ke dinding bilik....

lalu ku meminjam henpon rumet....nk mengantar msg niatnye...da siap type da pon msgnye...no telepon pon da diisi...tp aku x jd mengesend....x sanggup ooo...

tibe2 kuteringat koleksi henpon lame2 yg sempat kurembat dari rumah...
aku pon selongkar la balik harta2ku...jumpe....hp nokia 2100 lame dahulu....
aku nekad...lalu ku try n error....dpt on...bole gune walaupun kejap2 bateri die da nk padam....mmg bergantung hidup kt charger henpon la aku ni....

lalu ku mengetest henpon tersebut....terasa nk memarahi keypad henpon tu...keras melampau......sampai skrg aku masih terasa sakit jari dek menekan keypad2 tu....
mlm td...aku men cucuk keypad die dgn pensel..nk msg punye pasal....gelap keypad aku dibuatnye...
tapi xpe....aku masih kool...mempositifkan diri sendiri....
mlm tadi jugak...aku nekad....aku cabut keypad die....then aku gune penutup pen kilometriko sbg penekan keypad aku....hahaha...terasa mcm pakai henpon mahal touch skrin lak...

arini aku masih lagi menggunakan henpon itu...walaupun henponku itu dibahan oleh seseorang...

xpelah...nk bli henpon baru, da ditarbiah dgn dayah....katenye jgn membazir in.....
aku masih setia dengan henponku....walaupun dikatanya henponku itu seperti ipod nano...

tapi takpe.....best henpon wins.....


~henpon oh henpon...angah, sapot duit aku...nk bli henpon baru la...~

hari hijau.....

ijau.....tema taun ni....



gmbr family en taib n pn patimah....



(ayahanda dan bonda terchenta)



(angah...abang...aku)

Blogger Template by Blogcrowds