aktiviti hujung minggu saya

Pada hujung minggu yang lalu, (iaitu semalam dan kemarin), saya telah pun melakukan beberapa aktiviti yang dirasakan begitu ilmiah sekali...

Ini kerana, pada hari Khamis, saya telah pergi ke Celcom Centre cawangan Kuala Lumpur berdekatan dengan Ampang Park untuk menukar pelan Celcom Broadband saya kepada pelan Broadband for student.

Setelah selesai, saya bersama kakak saya bergerak bersama-sama ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk makan angin. Kami pergi ke Minerva Book Store. walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana saya tidak berjumpa dengan novel yang telah lama saya cari. Untuk mengubat kesedihan hati saya, saya telah membeli sebuah buku yang saya tidak ingat tajuknya.

Kemudian, kami pulang bersama rakan kakak saya menaiki Satria Neo miliknya. semasa perjalanan pulang, kakak saya memberitahu saya bahawasanya terdapat sebuah PC Fair yang akan berlangsung pada Hari Sabtu dan Ahad (iaitu semalam dan kemarin) bertempat di KLCC. Saya berasa teruja kerana saya belum pernah sekalipun menjejakkan kaki di PC Fair selama 20 tahun saya hidup dan sepanjang 20 tahun menjadi orang Kuala Lumpur. Kami setuju untuk pergi pada kelusaaan harinya iaitu hari Sabtu.

setelah seharian menunggu, maka hari Sabtu pun tiba. Kami bergerak dari rumah pada jam 10 pagi. dipendekkan cerita, kami pun sampai di KLCC...."wah, ramainya orang!" kataku di dalam hati... Tinggi sungguh bangunan KLCC....kataku cuba mengagumkan diri sendiri. kami pun pergi ke PC Fair untuk membeli tingkap (window shopping..no money no talk)...

Kami melihat2 dan mengumpul seberapa banyak mungkin brochure yang didapati.....antara booth2 yang terdapat ialah booth maxis broadband, booth P1 W1MAX, Dell, Acer, Lenovo, HP dan lain-lain. selain itu juga, terdapat pelbagai booth yang menjual pelbagai gadget2 komputer seperti laptop stand, thumbdrive, external hadr disk, printer, GPS dan juga Iphone.

Kebetulan pula, saya sedang mencari sebuah laptop.... Oleh itu, kami banyak menghabiskan masa di dua buah booth iaitu booth DELL dan booth Compaq. Dengan anggaran kasar budget sebanyak rm 2k stengah, terdapat dua buah laptop yang menjadi idaman hati saya iaitu Dell Inspiron 14' dan juga Compaq apetah.....

Spesifikasi DELL yang saya ingat ialah:

  • Intel Core 2 Duo
  • Windows 7 Home Premium
  • 3gb ram
  • 350 gb hard disk
  • 14 inch
  • 3 free gift
  • Antivirus McAfee selama 1 tahun

manakala spesifikasi Compaq yang saya ingat ialah:
  • Intel Core 2 DUO
  • windows 7 Home Premium
  • 2gb ram
  • 500gb hard disk
  • 13.3 inch
  • 10 free gift
dan juga beberapa spesifikasi lain yang ada pada kedua-dua laptop namun, saya tidak dapat mengingatnya.

pada malam harinya, saya berbincang bersama-sama bonda dan kakak berkenaan dengan laptop yang manakah yang menjadi pilihan kerana harga kedua-duanya adalah sama.

selain itu, saya juga berbincang dengan ramai rakan-rakan seperti rumet saya, aje, wan, hafizi, rakan kakak saya, saniah dan jga hidayani...

daripada respon yang diberikan, rata-rata mereka mengesyorkan agar saya memilih laptop berjenama Dell daripad Compaq walaupun compaq ade 10 free gift..huhu..

setelah membulatkan tekad, saya mengambil keputusan untuk membeli laptop dell...

keesokan harinya...
kami bergerak awal ke KLCC...alasannya ialah untuk menaiki jambatan yang terdapat di tingkat 41 KLCC....walaupun tiada bayaran yang dikenakan, kami mendapat giliran untuk lawatan pada jam 4.30 petang...

jadi, untuk mengisi masa lapang, kami bergerak ke Petrosains..di sana juga disediakan pameran musica.....sungguh seronok sekali berada di petrosains walaupun ini adalah kali kedua saya berada di petrosains.

dipendekkan cerita, selesai melawat petrosains dan mengutip pelbagai ilmu baru, kami pergi melawat jambatan (skybridge) yang berada di tingkat 41 KLCC. saya secara peribadinya sungguh teruja....

dengan ketinggiaan sebanyak 1++ meter di atas tanah, saya seperti melihat seluruh Kuala Lumpur. Namun, malangnya, saya tidak nampak rumah saya (mungkin terlindung di balik bangunan2 atau pokok2)...

kemudian, kami pun turun dengan menaiki lif yang sama...lif tersebut mempunyai kelajuan sebanyak 1tingkat/1saat. ini bermakna kami sampai di tingkat 41 dengan hanya 41 saat sahaja. di dalam lif, saya merasakan telinga saya berdengung seningga hampir mengeluarkan bunyi 'pop'. semasa itu, saya teringat pengajaran sains yang diajar oleh guru...perubahan tekanan...lalu saya menelan air liur untuk melengakan dan menyeimbangkan perubahan tekanan yang dialami.

sebelum naik ke skybridge, kami dihiburkan dengan persembahan multimedia 3D mengenai KLCC. kemudian kami dikehendaki menjalani pemeriksaan seperti di airport...harta benda kami discan.....lawatan di skybridge mengambil masa 10 minit sahaja....(begitulah polisinya)

sebelum ke PC Fair, kami menyukat tinggi kami....
keputusannya, tinggi saya adalah 1/319 (kot...x igt no sbnr) daripada tinggi KLCC....

akhirnya, kami ke PC Fair..
walaupun jam menunjukkan jam 5.30 petang, namun, PC Fair tetap dibanjiri lautan manusia.
kami segera ke booth DELL yang pertama, malangnya Laptop tersebut kehabisan stok. Kami ke booth kedua, katanya masih ada stok, namun yang tinggal hanya warna merah jambu...kami setuju, tetapi malangnya, laptop tersebut telah kehabisn stok beserta dengan free giftnya...
Akhirnya, kami ke booth ketiga.....memang rezeki kami, laptop tersebut ada dan masih banyak pilihan warnanya....mulanya, saya hendak mengambil warna pink, namun, saya tertarik dengan warna biru...hehehe...maka, saya memilih warna biru...

free gift yang diberikan pula ada sepuluh...memang rezeki kami..antaranya ialah dua buah backpack, mouse, keyboard protector, lcd cleaner, memory card reader, usb port seperator, earphone, pengunci laptop, dan juga antivirus kingsoft untuk 15 bulan.

sekian sahaja aktiviti hujug minggu saya kali ini...
sangat ilmiah, kerana saya telah melawat petrosains dan juga pergi ke PC Fair di samping berhenti di setiap kedai buku seperti Minerva, Pustaka Mukmin, Kinokuniya dan juga kedai buku di Carrefour Wangsa Maju ang saya x igt namanya...

saya juga berasa seronok. rasanya seperti orang KL kerana telah melawat KLCC dan juga telah naik ke skybridge. (walaupun saya memang dilahirkan di KL)

sekian, terima kasih...

-_- mao baca buku undang2 memandu -_-

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds