surat chenta utk sang guru part 1

huu...
x sempat nk scan...
rase nk menulis sume surat2 chenta dr anak2 murid..
hahaha


..........

assalamualaikum..
cikgu kaulah permata hati. guru saya anggap cikgu macam kakak saya.cikgu saya harap cikgu anggap saya ni macam adik angkat. Cikgu, saya sayang cikgu. Cikgu, saya nak beri sajak ini dan hari guru nanti saya dan Amirah akan baca sajak tau cikgu..

guru pernahkah diriku terlajak bicara padamu
bukan bermaksud menyinggung perasaanmu
tidak jua untuk melukai hatimu..
guru kaulah insan karibku yang sering bersama
menjalani liku-liku alam kedewasaan
guru kau sering memberiku dorongan dan panduan
moga tabah menerusi liku kehidupan
guru kau begitu peramah dan berperilaku mulia
kesederhanaan membuat aku ceria

salam istimewa nan abadi dariku
maaf zahir batin
kaulah permata hatiku

.........................................

salam.....cikgu boleh ke saya tanya beberapa hal. cikgu telah membuat saya gembira. cikgu telah memberi saya duit dan cikgu mengajar kami di padang. walaupun rumah kita kalah tetapi hati saya gembira. kalau boleh cikgu datang lagi sekolah sini. nanti ramai orang yang rindu dekat cikgu.saya ucapkan terima kasih kerana ajar kami. saya ucapkan semoga berjaya. babye nanti cikgu tel:017-XXXXXXX
nanti kita jumpa lagi. cikgu harap rumah apa kalah.tahun depan misti rumah biru.tengoklah warna ni pun warna biru.cikgu, nanti kami pergi lipis.nanti cikgu datanglah.kita jumpa di aktif atau dekat KL.tipu je kat lipis je.
semoga berjaya.
taniah.

...............................................

cikgu, saya sayang cikgu. cikgu baik.i love u. thank you very much sebab cikgu tolong saya. cikgu pandai buat senamrobik.bye

....................................

assalamualaikum
di sini saya ingin menyampaikan surat kepada cikgu.cikgu nanti kalau panjang umur cikgu ajar saya yeh. cikgu terima kasih atas duit yang cikgu bagi tu.cikgu esok cikgu bawa gambar dan nombor telefon.

...................................

assalamualaikum
cikgu iin apa khabar? Cikgu sihat tak? cikgu iin ni comel la. Sekarang ni, cikgu sama tinggi dengan saya. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu telah mengajar dan mendidik adik-adik saya. cikgu, nanti bila cikgu dah mengajar, cikgu mengajarlah di sekolah ini. sekali lagi, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. saya harap cikgu berjaya menjadi seorang guru yang berjaya. i love cikgu iin

.............................

assalamualaikum Cikgu farahin dah makan belum saya suka belajar cikgu baik duduk elok-elok dekat rumah cikgu balik rumah cikgu dengan apa dengan kereta ke bye-bye

pantun
dua tiga
kucing
berlari
mana nak
sama
kucing belang

....................

assalamualaikum cikgu
cikgu saya minta maaf atas kesilapan saya.cikgu ni cutelah, cantik. cikgu saya sedih bila cikgu takde dah kat sekolah ni.cikgu ni nombor tel saya 017-XXXXXXX. cikgu janga lupa kenangan manis cikgu kat sekolah S.K.B.Y
setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir
thank you

.................

kepada cikgu farahin
assalamualaikum cikgu.cikgu sihat tak. saya sihat sejahtera. semakin hari cikgu cantik dan ceria.harapan saya ingin berjaya dalam U.P.S.R saya ingin mengucapkan (selamat pulang). Sekian

....................

assalamualaikum
cikgu. saya sayang cikgu. tapi kenapa begitu sekejap kita bersama? kenapa cikgu practical kat sini sebulan je? masa ini begitu sekejap. tak sangka dua hari lagi, cikgu akan meninggalkan sekolah ini. saya doakan cikgu lulus, sentiasa dirahmati Allah. saya nak cikgu tahu isi hati saya dan kami semua.
betapa peritnya kami nak berpisah dengan cikgu. teramat sedih bagi saya. saya dah anggap cikgu macam....mak saya.....cikgu, hari khamis ni hari ulang tahun saya yang ke-11. tolong doakan saya panjang umur, sihat sejahtera dan berjaya dalam peperiksaan. saya juga akan doakan cikgu nanti. InsyaAllah! surat ini saya tulis bukan semata-mata sahaja.tapi dalam hati saya pasti cikgu tahu macam mana. terima kasih atasa jasa cikgu selama ini.
selamat tinggal. jaga diri.tolong janji dengan saya bahawa cikgu takkan lupakan saya. bye!



...............................

oh anak2 muridku tahun 5...
bia x penah masuk kelas dorg pon.
sekali je la time relief..
tapi kamceng time hari sukan..
hahaha...
siap maen teka-teki lagi..
gila kentang betol la...

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds