akukah ini?

Siapakah orang yang manis senyumannya?

  • Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata ‘inna lilLahi wainna ilaihi rajiuun’. Lalu sambil berkata ‘Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-Mu ini’ sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

  • Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

  • Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

  • Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

  • Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakh orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

  • Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

  • Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

  • Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan neraka

Abban lo’baw, (2009), Cuba Try Cinta, Hijjaz Records Publishing, Petaling Jaya

....................................................................................................................................................................


sape aku???

~muhasabahlah wahai diri~

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds