ustaz pahrol tulis....

anda TELAH bersedia untuk couple jika....

  • niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata
anda TELAH bersedia untuk couple jika....
  • sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan ... dot-dot.
anda TELAH bersedia untuk couple jika....
  • sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • masih kandas ilmu fardhu ain. mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. atau anda adalah penganggur yang maih tercari-cari pekerjaan.
anda TELAH bersedia untuk couple jika....
  • sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.
sebaliknya anda BELUM bersedia untuk couple jika....
  • mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai!!!
Pahrol Mohd Juoi, (2006), Tentang Cinta, Telaga Biru Sdn Bhd..

..................................................................................................................................................................

COUPLE????

dah sediakah aku???

rase-rasenye mcm x lagi...
mujurla aku berjaya melepaskan diri dari ikatan kapel ni....
Alhamdulillah...berkat doa sume org...
kne ready nk sedia utk couple nih....
wahai diri...mari bersedia

1 comments:

uhuk...dek..jom wat pertubuhan - JOM KAPEL (setelah penuh ciri-ciri di atas la)

October 11, 2009 at 3:57 PM  

Blogger Template by Blogcrowds