hai obat hai obat......

Satu lagi artikel yg aku amek dr Divider: Pemisah Hak dan Batil 2nd Edition (2005/2006) yg dikeluarkan oleh jawatankuasa surau Kolej Matrikulasi Melaka...

..........................................................................

Sume orang suka dipuji....termasuk aku....tak kire la dari segi ape pon, bagi seseorang individu, kalu die dipuji, maka kembangla lubang idungnye.....bangga....n utk menyedapkan hati org yang memuji, individu tersebut akan memuji semula org yg memuji die.....

xmo ulas panjang......(xde idea sebenarnye)....
jom bace artikel nih....

...................................................................................

~Mengubati Penyakit Suka Dipuji~

Terdapat EMPAT bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang SUKA MEMUJI...

  • BAHAYA DUSTA
Adakalanya seseorang itu melampaui batas dalam memberi pujian atau sesuatu yang dipujinya tidak sesuai dengan keadaan sebenar.

  • BAHAYA RIAK (PAMER)
Dengan memuji, seolah-olah seseorang itu ingin menunjukkan/mempamerkan rasa cinta dan suka kepada orang yang dipujinya, padahal pujian itu tidak berdasarkan kesungguhan hati.

  • BAHAYA MUNAFIQ
Terdapat sebahagian masyarakat yang pada hakikatnya di dalam hatinya mempunyai rasa antipati kepada orang yang dipujinya tetapi ia dapat menyimpannya dengan baik, sehingga orang-orang yang dipujinya tidak mengetahuinya.

  • MENGEKALKAN KESALAHAN DAN DOSA-DOSANYA LANTARAN PUJIAN
Bila orang yang dipujinya adalah orang yang zalim atau fasik, sehingga ia akan terlena untuk mengekalkan kesalahan dan dosa-dosanya lantaran pujian tersebut. Perkara seperti ini amat dilarang dan orang yang memujinya akan mendapat dosa.


DUA bahaya bagi orang yang dipuji

  • TIMBUL SIFAT BONGKAK
Akan timbul sifat bongkak dan membanggakan diri sendiri, kedua-dua sifat ini akan merosakkan jiwa

  • LUPA DIRI
Orang yang dipuji akan lupa diri sehingga tidak lagi memerhatikan dan memperbaiki kekurangan yang ada pada dirinya.


Bila kita memeuji seseorang, PASTIKAN

  • Kita sangat yakin bahawa pujian itu tidak akan mengakibatkan bahaya-bahaya seperti yang disebut di atas, maka pujian itu dibolehkan. Dan sekiranya pujian itu akan mendatangkan kebaikan, maka hukumnya boleh menjadi sunat.
  • Meneliti terlebih dahulu kebenaran sesuatu perkara dan tidak tergesa-gesa sebelum menetapkan pujian untuk seseorang

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds