love letter

aku xtau nk mengcreditskan artikel ni dari mane sumbernye....
cukuplah aku mengcreditskan kepada saudara mukhlis sbb die yg bagi kt aku..
time kasih mukhlis..

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-


.:Surat Cinta Dari Syaitan:.

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekal! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudhu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.

Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan apabila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan dia duit sesen atau seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu.

Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang. Untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody". Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti Bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar Bahasa Arab kerana ia bukan bahasa antarabangsa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engku dan aku dapat berjalan bersama-sama... Kita berpegang tangan menuju Neraka Jahannam.

-SAHABATMU YANG TERCINTA : IBLIS-

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds