~kebencian ini membunuhku~

"Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU"


hmm......artikel yg aku jumpe smula bile aku selongkar folder2 yg bersepah dlm laptop aku...
artikel yg aku copy n paste mase 21.9.2009.....2 minggu setelah usia aku menjejak umo 20..
ape yg istimewanya artikel ini......

meskipun artikel ni nmpk simple...tp artikel ni membawa makna yg amat2 besar dan mendalam dlm diri aku...
sebabnye....
dari artikel ni, aku tersedar bahawa siapa aku untuk untuk tidak memaafkan org...siapa aku untuk terus berdendam...
hmm...ayat yg menusuk atiku ialah
"Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam?"....
terbace je ayat ni...aku tersentak....siapa aku untuk tidak memaafkan org???timbul banyak perasaan dlm diri...malu pun ade....

artikel ni aku dpt dlm buletin kt frenster...yg dihantar oleh hidayani....
kebetulannye...die anta selepas beberapa hari aku bercerita....cerita tentang aku yg tak memaafkan...cerita tentang aku yg idup berdendam...
malu mmg malu....sbbnye die yg lagi muda dr aku pon da tau berfikir jauh.....sedangkan aku yg sedikit vateran (xngaku tua) dari die x penah nk fikir....apetah lagi pikir jauh atau pikir panjang....

artikel ni....
mmg betul ape yg dikata....nk memberi maaf tu sgt2 susah...jatuh ego...(ni yg aku pikir slame nih)....tapi rupenye aku silap....sesekali aku cuba memaafkan....dan ajaibnye.....lepas je aku memaafkan...terasa segala beban yg maha berat selama ni yg aku tanggung...ilang camtu jek...rase ringan...n rase dunia ni luas.....

hmm.....
dendam.....
benci....
pernah aku menstatuskan diri kt ym dgn status 'kebencian ini membunuhku'
n aku ditanya...juga oleh hidayani...maksud statusku itu....
aku tak menjawab...tpi aku mintak die mantafsir maksud statusku....

lalu diberi olehnya satu analogi...(walaupun aku mmg slow bab2 mentafsir analogi)
ringkasan analoginya....
"akak diberi kentang.....letak kentang tu dlm beg plastik.....n bawak la kemane2 pon akak pegi untuk jangka masa seminggu...lepas seminggu.....cube akak imagine, ape akan jadi kt kentang tu....(tapi aku terdiam...mls berfikir kot)...lepas seminggu, kentang tu akan membusuk....."
lalu kubertanya..ape kene mengena kentang dgn status 'kebencian ini membunuhku'? (kes lambat nk tafsir)
lalu dirinya menjawab....same jugak...bile kite membenci seseorang...n kite x cube untuk atasinya.....perasaan tu akan bertambah.......kalu dibiarkan....lame2 akan jadi mcm kentang tu....membusuk....

sekali lagi kuterdiam dan terkelu....betapanya diriku bertuah ditarbiah oleh org2 yg dekat dgnku....hidayani....kak.....

hmm.....
pernah dlm postku sblm ni.....
aku x bole nk didik diri aku untuk benci kat die....
n aku xnk didik diri aku supaya membenci...
xmao mengikut jejak langkah kentang yang dianalogikan oleh hidayani....

baru2 ni.....
tatkala aku membaca SMS (srikandi muslimah soul) News yang diedarkan kt maktab....
aku terkelu lagi....sekali lagi isu maaf dan dendam ni dikuarkan...
n aku membaca lagi analogi yang sama....cuba kali ni...situasinya pisang dan juga kanak-kanak prasekolah..
analogi yang sama seperti yang pernah hidayani berikan padaku.......


siapa aku untuk membenci....
n bile aku terasa nk membenci....
ku teringat analogi itu...
tp kdg2 terbenci jugak...
ter.....tersengaja ke tertaksengaja....
hmm...
timbul persoalan 'ter' pulak.....
sengaja ke x.....

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds